Lebih 7.32 juta penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 kini telah mula menerima pembayaran tersebut sejak 19 Oktober lalu.
Jumlah ini merangkumi 6.27 juta penerima daripada kelas B40 dan 1.05 juta penerima daripada kelas M40.
Penyaluran dana BPN 2.0 ini telah dilaksanakan lebih awal berbanding yang ditetapkan sebelum ini. Tindakan itu bagi membantu para penerima merangka pengurusan kewangan dikala sesetengah wilayah telah diperketatkan kawalan pergerakan.
Menurut Tengku Zafrul, Menteri Kewangan (MoF) – pelaksanaan meliputi dua fasa pembayaran, di mana fasa kedua akan dilakukan pada awal Januari kelak. Manakala bagi pemohon baharu akan menerima bayaran penuh pada awal Januari 2021 juga.
Ini adalah angka agihan yang bakal diterima bagi individu yang melesi kelayakan BPN.
- RM1,000 kepada 3.7 juta isi rumah kelas B40
- RM500 kepada 3.8 juta kelas B40 bujang
- RM600 kepada sekitar 1.4 juta isi rumah kelas M40
- RM300 kepada 1.7 juta kelas M40 bujang
Secara keseluruhannya, panyaluran dana bagi BPN 2.0 ini akan memanfaatkan sekitar 10.6 juta penerima – ia melibatkan penyaluran dana sejumlah RM7 bilion bagi kedua-dua fasa pembayaran.