Ternyata sekitar 70.7% peniaga baharu platform Shopee adalah terdiri daripada golongan muda yang berusia diantara 18 hingga 35 tahun ini telah menjana sekitar RM6,000 sebulan.
Kenyataan itu telah didapati melalui tinjauan yang dilakukan oleh Shopee ke atas 11,850 peniaga tempatan sahaja, di mana 5,406 adalah peniaga baharu yang dilahirkan oleh e-dagang.
Menerusi tinjauan itu juga, 45.6% adalah peniaga tetap secara dalam talian pada platform e-dagang, sementara itu 35.4% adalah peniaga secara sambilan.
Lebih menarik, penglibatan peningkatan peniaga pada platform ini turut didorong keadaan semasa ekonomi negara. Di mana memperuntukan peningkatan permintaan pembelian secara talian yang tinggi.
Peningkatan itu secara tidak langsung telah menarik minat para peniaga baharu, khususnya golongan wanita yang dicatatkan sekitar 72% penglibatan mereka dari jumlah 5,406 peniaga baharu pada penjualan Shopee. Dianggarkan perolehan pendapatan mereka adalah lebih RM3,950 sebulan.
Aliran permintaan ini juga tidak hanya tertumpu kepada kawasan bandar sahaja. Melalui tinjauan sekitar 13.3% peniaga baharu telah dicatatkan pada kawasan luar bandar seperti Pontian, Johor, Kuala Nerus, Terengganu dan Kabong, Sarawak.
Kadar pendapatan yang diperolehi dianggarkan sekitar RM3,200.
Menurut Ian Ho, Pengarah Urusan Shopee Malaysia – melihat pada aliran semasa, penglibatan peniaga secara terus dapat memenuhi keperluan pengguna. Ia adalah tanggungjawab mereka. Pelbagai carta telah disemak untuk merealisasikan kehendak pengguna dikala isu pandemik ini berlaku.
Terdapat sebilangan penjual yang turut menyasarkan potensi jualan pada 11.11 ini akan meningkat sehingga lima kali ganda.