Artikel

Lebih 58,000 Individu Kini Berjaya Peroleh Pekerjaan – Tengku Zafrul

Sehingga 16 Oktober, sekitar 58,822 individu telah berjaya memperolehi pekerjaan di bawah insentif Pengambilan Pekerja dan Bantuan Latihan PenjanaKerjaya.

Menurut Tengku Zafrul, Menteri Kewangan (MoF) angka itu menunjukkan kesan yang positif buat pertumbuhan peluang pekerjaan negara. Data memperlihatkan 46,838 individu adalah dibawah usia 40 tahun, manakala 7,168 individu pula adalah usia diantara 40 tahun hingga 60 tahun.

Sementara itu, seramai 302 inidividu pula adalah dalam kalangan Orang Kelainan Upaya (OKU) dan 4,514 individu pula adalah kumpulan perantis.

Program dibawah pelaksanaan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) di bawah Kementerian Sumber Manusia, ini bertujuan merangsang pewujudan pekerjaan dan meningkatkan peluang pekerjaan dalam kalangan rakyat negara.

Menerusi platform MyFutureJobs ini ia secara tidak langsung dapat membantu negara mengurangkan kadar pengangguran yang kini berada di paras 4.7%.

Untuk maklumat lanjut, para pengguna boleh layari pada pautan portal MyFutureJobs – www.myfuturejobs.gov.my/.