Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTM) kini memaklumkan penawaran diskaun tambang sehingga 50% kepada semua pengguna untuk seluruh destinasi.
Untuk makluman pengguna, operasi perjalanan tren KTM Intercity, ETS antara negeri masih diteruskan seperti biasa. Bagaimanapun perkara itu tertakluk kepada jadual perjalanan.
KTM kini telah mengambil tanggungjawab untuk mengurangkan operasi perjalanan berikutan usaha memutuskan rantaian COVID-19.
Tawaran diskaun ini telah bermula pada hari ini sehingga 9 November 2020 sahaja.
Berhubung penawaran sehingga 50% pembelian tiket itu, makluman tersebut telah dilakukan menerusi ciapan Twitter rasmi mereka.
Diskaun sehingga 50% ke semua destinasi
Jom berlibur ke Utara, Selatan dan Pantai Timur dengan ETS dan KTM Intercity.
Dapatkan tiket anda sekarang melalui aplikasi KTMB Mobile atau di https://t.co/Ue16k7uimj pic.twitter.com/zs83mof8I9
— KTMB 03 2267 1200 (@ktm_berhad) October 27, 2020
Oleh itu, semua pengguna boleh melakukan tempahan tiket perjalanan pada aplikasi KTMB Mobile dan laman sesawang pautan https://online.ktmb.com.my/.