Artikel

CIMB : Kemaskini Ke Aplikasi Terkini Sebelum 31 Oktober 2020, Versi Lama Tidak Lagi Akan Disokong

CIMB kini meminta pengguna untuk mengemaskini aplikasi perbankan CIMBClicks ke versi terbaru. Versi lama tidak lagi akan disokong selepas tarikh 31 Oktober 2020 kelak.

CIMB melalui laman mereka menyatakan pengguna yang telah mengemaskini aplikasi mereka selepas 12 Oktober 2020 tidak akan terkesan, dan meminta pengguna yang masih belum mengemaskini aplikasi perbankan mereka, untuk melakukannya bagi mengelakkan sebarang gangguan perkhidmatan perbankan.

Sekiranya anda aktif menggunakan perbankan mudah-alih melalui aplikasi CIMBClicks, mungkin bleh mengemaskini aplikasi anda hari ini untuk kekal menggunakannya tanpa sebarang masalah.