Google dan Temasek kini telah bersetuju untuk melabur sekitar RM1.45 bilion (AS$350 juta) pada platform Tokopedia.
Menurut pelaporan Bloomberg, sasaran pembiayaan awal dikatakan pada jumlah RM2.08 bilion hingga RM4.16 bilion (AS$500 juta – AS$1 bilion). Spekulasi perjanjian itu bagaimanapun masih lagi tidak diketahui pengesahannya.
Seperti yang umum ketahui, Tokopedia adalah pasaran yang disokong oleh Softbank – sekiranya benar usaha pelaburan tersebut, ia secara tidak langsung dapat meningkatkan pengendalian e-dagang Indonesia buat pasaran serantau.
Platform e-dagang Tokopedia Indonesia kini telah menjadi antara pesaing dalam pasaran permintaan. Jenama itu kini diunjurkan berkembang dari RM87.48 bilion (2019) mencapai RM341.62bilion pada tahun 2025 kelak.