Artikel

AirAsia Catat Penurunan Pada Jumlah Penumpang, Merosot Sehingga 85%

Industri penerbangan secara menerus memaparkan penurunan. AirAsia catat 85% penurunan jumlah penumpang bagi suku ketiga kepada 1.91 juta daripada 13 juta penumpang sebelum ini.

Penurunan ini telah didorong pengurangan kapasiti perkhidmatan, di mana kadar muatan syatikat penerbangan tersebut telah menurun 18% menjadi 66% sahaja untuk suku ini.

Bagaimanapun, peningkatan operasi bagi perkhidmatan domestik telah menunjukkan kenaikan. Bagi September, penggunaan 52% kapasiti perkhidmatan telah dilakukan berbanding 40% pada Julai.

Meskipun pengurangan kawalan telah dilakukan oleh negara, AirAsia kekal optimis untuk memulihkan semula perkhidmatan penerbangan domestik mereka sehingga 60% pada suku keempat kelak.

Untuk makluman, tidak hanya Malaysia – cawangan AirAsia Indonesia dan Filipina terus mencatatkan penurunan.