Berdasarkan tinjauan Jabatan Insolvensi negara bersama pihak swasta – dianggarkan 11,800 individu dibawah umur 35 tahun telah terlibat dengan isu muflis.
Data itu secara tidak langsung memaparkan penglibatan 25.2% golongan muda pada kes mulis negara ini membimbangkan.
Jumlah itu merangkumi nilai keseluruhan data kebankrapan dari 2017 sehingga 2019 seramai 46,760 individu.
Malah pada tinjauan yang lain, sekitar 70% tenaga kerja muda dilihat gemar berbelanja melebihi pendapatan yang diperolehi mereka.
Kajian Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia turut menunjukkan 47% rakyat negara kini berdepan dengan bebanan hutang terlalu besar – di mana sebahagian besar pendapatan terpaksa digunakan untuk membayar pinjaman bank.
Lebih menyedihkan ketika ini secara puratanya 88% rakyat Malaysia diperhatikan tidak memiliki simpanan yang mencukupi untuk bersedia mendepani kesan pandemik COVID-19.
Tindakan itu dilihat bukan sahaja merunsingkan, bahkan ia adalah simbolik kelemahan rakyat negara dalam menguruskan kewangan mereka.