Susulan pandemik COVID-19 telah melanda dunia, prestasi premis perniagaan sektor negara dilihat kekal perlahan.
Berdasarkan Statistik Kecenderungan Perniagaan yang dilakukan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM) – ternyata rata-rata sektor ekonomi negara kini dijangka akan terus mempamerkan pretasi yang perlahan pada perniagaan bagi tiga hingga enam bulan akan datang.
Meskipun pergerakan pemulihan itu kekal perlahan, namun menerusi petunjuk keyakinan pemintaan telah mencatatkan penambaikan kepada -21.0% berbanding -25.2% pada suku kedua.
Bagaimanapun,perniagaan dalam sektor pembinaan, perdagangan borong runcit dan perkhidmatan dijangka akan mengalami peningkatan. Pemerhatian itu seiring dengan peningkatan petunjuk keyakinan yang semakin meningkat.
Walaupun kadar prestasi masih lagi bertindak perlahan, tinjauan telah menggariskan 37.2% responden menjangkakan hasil kasar bagi suku ketiga perniagaan ini akan menunjukkan peningkatan.
Selain itu, trend pengambilan pekerja pula dilihat bakal merosot – hanya 9.1% premis sahaja memaparkan hasrat untuk menambah bilangan tenaga kerja. Sementara itu, 16.2% lagi lebih menjangkakan pengurangan tenaga kerja.
Data itu sedikit sebanyak mampu memberi kesan kepada kadar pengangguran negara – yang kini berada pada purata 4.7%, iaitu lebih 710,000 penganggur.