Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia merupakan salah satu agensi yang turut memantau industri kurier dan penghantaran. Terbaru, hari ini SKMM mengumumkan mereka akan membekukan permohonan lesen perkhidmatan kurier selama dua tahun.
Pembekuan ini adalah efektif dari 14 September 2020 lepas sehingga 15 September 2022 akan datnag.
Langkah ini dijangka akan memberikan kebolehan untuk industri kurier bersama-sama kerajaan untuk hadir dengan strategi serta menyesuaikan syarikat kepada perubahan teknologi baru, serta trend pemasaran terkini.
Ia juga secara tidak langsung dijangka akan membolehkan syarikat kurier sedia ada terus menambah baik dan mengukuhkan kedudukan mereka dalam industri berkenaan. Pada hari ini, pelbagai perkhidmatan mula melihat kepada penghantaran ekspres dalam hari yang sama – menjadikan penghantaran barangan lebih pantas berbanding beberapa tahun lepas yang mana penghantaran mengambil masa beberapa hari sebelum diterima pengguna. Hal ini juga terhasil disebabkan populariti arena edagang yang semakin popular akhir-akhir ini.