Artikel

Dunkin’ Rancang Jual Entiti Kepada Inspire Brands – Laporan

Dunkin’ Brands naungan syarikat Dunkin’ dan Baskin Robins kini sedang dalam perbincangan menjual entiti mereka dibawah pimpinan entiti swasta – Inspire Brands.

Berdasarkan laporan The New York Times itu, spekulasi mengatakan anggaran nilai jualan adalah sekitar RM36.6 bilion (AS$8.8 bilion). Berdasarkan pengamatan pelabur, harga sesaham Dunkin’ kini telah mulai meningkat kepada 18% sejak Mac lalu. Ini kerana kejayaan aplikasinya telah meningkatkan perkhidmatan mereka.

Untuk makluman, Inspire Brands adalah sebuah entiti yang memiliki pelbagai jenis restoran dibawah naunganny – antaranya adalah Arby, Buffalo Wild Wings, SONIC Drive-In, Rusty Taco, dan Jimmy John.

Bagaimanapun, setakat ini tiada kesepakatan yang dilaporkan telah dicapai dan tiada sebarang maklumat lanjut dari kedua-dua pihak.