Permohonan Geran Khas Prihatin (GKP) 2.0 berjumlah RM3,000 kini sedang dibuka, dan bakal berakhir pada 31 Oktober ini.
Seperti yang umum ketahui pada 23 September, Kementerian Kewangan (MOF) telah mengumumkan pelaksanaan bantuan siri kedua akan dilakukan. Selain Bantuan Prihatin Nasional 2.0, agihan Geran Khas Prihatin 2.0 turut akan disalurkan.
Untuk makluman, bantuan secara one-off ini adalah khusus kepada bahagian ekonomi negara – merangkumi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Mikro.
Sehubungan itu, PKS Mikro yang berkelayakan disarankan untuk mengisi borang permohonan dengan segera dan tidak menunggu sehingga tarikh akhir tersebut.
Permohonan GKP telahpun mula dilakukan sejak awal Oktober lagi – iaitu pada 1 Oktober 2020. Semakan status permohonan tersebut dijangka perolehi pada 15 November 2020 kelak.
Sementara itu, bayaran bantuan tersebut dijangka akan dilakukan mulai 25 November 2020 ini. Bagi yang terlibat boleh membuat permohonan baru pada pautan Geran Khas Prihatin 2.0 LHDN – https://gkp.hasil.gov.my/ ini dengan memasukkan angka pengenalan diri (IC).