Artikel

Tiada Keperluan Isytihar Darurat, Ahli Politik Usah Ganggu Kestabilan Negara – Istana Negara

Pelaksanaan darurat untuk negara buat masa ini tidak diperlukan.

Menurut kenyataan Istana Negara hari ini, setelah Yang Di-Pertuan Agong bersama pihak Raja-Raja Melayu meneliti permohonan pentadbiran negara dalam pelaksanaan Darurat pada Perkara 150(1) Perlembagaan Persekutuan ia dilihat bukan suatu keperluan.

Ini kerana, Malaysia dilihat masih mampu mengawalselia penularan jangkitan COVID-19. Malah, YDP Agong bersama Raja-Raja Melayu turut beri peringatan kepada ahli politik untuk kekal rasional dan terus membantu rakyat.

Nasihat itu supaya tiada pihak dapat mengugat keamanan negara.