Artikel

Rakyat Kekal Tenang, Tiada Sebarang Pembelian Panik Dilaporkan – KPNDHEP

Bekalan makanan dan barangan runcit kini masih mencukupi.

Menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), setakat ini tiada sebarang pembelian panik dilaporkan.

Malah, pihaknya turut menjamin bekalan peruncitan khususnya seperti beras, gula, minyak masak, roti, telur, bawang serta barangan pelitup muka – bekalan kekal mencukupi.

Seperti yang umum ketahui, Sabah, Selagor, Putrajaya dan Kuala Lumpur kini telah kini telah dikuat kuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) – oleh itu bekalan bagi empat wilayah ini perlu dijaminan supaya tidak menimbulkan sebarang kekacauan kesulitan rakyat negara.

Pemantauan bahagian peruncitan bagi kawasan tersebut telah dilakukan, Sabah (170), Selangor (280), Putrajaya (5) dan Kuala Lumpur (55) – keseluruhan pemantauan meliputi 510 bahagaian peruncit.

Bagaimanapun, pihak kementerian menyeru rakyat seluruh kawasan yang terlibat tidak melakukan sebarang tindakan pembelian panik. Ini kerana pihaknya sentiasa melakukan pemantauan bekalan dari peniaga runcit sehingga bahagian pemborong.