Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) telah dilaksanakan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sejak daripada 14 Oktober lepas, dan sepatutnya tamat pada 27 Oktober akan datang. Namun, seperti ramai sedia maklum, angka kes penularan Covid-19 terus pada angka yang tinggi kebelakangan ini.
Bercakap mengenainya, Kementerian Kesihatan Malaysia mengatakan mereka akan mencadangkan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) supaya menyambung PKPB sekiranya angka kes Covid-19 terus meningkat.
Pada hari ini sahaja, sebanyak 76 kes baharu Covid-19 dicatatkan di Selangor.
KKM sedang memantau data kes setiap hari bagi melihat perkembangan dan mencadangkan langkah kawalan penularan yang berkaitan.
Buat masa ini, kerajaan telah mengimplementasi PKPB dalam memastikan sektor ekonomi terus bergerak, disamping turut mengarahkan bahagian pentadbiran untuk bertugas dari rumah.