Hari ini, Malaysia mencatatkan kadar kematian kes positif COVID-19 sebanyak 10 kes, ini adalah catatan tertinggi sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.
Pada kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) petang tadi, sebanyak 710 kes dicatatkan hari ini, bagaimanapun angka kematian mencatatkan angka tertinggi sejak PKP dijalankan.
Sembilan dari kes kematian adalah pesakit dari Sabah, manakala satu kes kematian pula dari Kedah.
Menurut KKM, sehingga kini terdapat 90 kes positif telah ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) bagi mendapatkan rawatan susulan, sementara itu 28 kes pula memerlukan bantuan pernafasan.
KKM mengatakan pihaknya akan terus memantau perkembangan semasa dan mempergiatkan lagi usaha ujian saringan COVID-19 bagi memutuskan rantaian pandemik.