Rakyat negara tidak perlu cemas, bantuan kewangan akan terus dilanjutkan sehingga tahun 2021 kelak.
Menurut Jessica Chew, Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) para peminjam tidak perlu khuatir akan situasi kini – ini kerana kesemua perkhidmatan perbankan sedia menyalurkan bantuan pinjaman kepada yang memerlukan.
Sehingga 9 Oktober, sebanyak 640,000 permohonan bantuan telah diterima. Melalui permohonan itu, kadar kelulusan 98% telahpun diberikan, di mana ia merangkumi 40% permohonan lanjutan dan 60% berhubung permohonan pengurangan ansuran.
Bank-bank juga kini lebih bersedia, menyediakan infrastruktur untuk membantu para peminjam, dibandingkan dengan ketika pandemik pertama kali melanda. Bantuan pembayaran balik yang disasarkan juga meningkatkan prestasi pinjaman bank.
Bantuan pinjaman ini penting untuk proses pemulihan aliran tunai ekonomi negara, di kala negara masih menanti perkembangan vaksin dihasilkan.