Felda beri penjelasan, penglibatan kanak-kanak di perladangan adalah antara budaya masyarakat setempat dalam membantu tugasan ibu bapa mereka, bukan dijadikan sebagai buruh paksaan.
“Pihak mereka tidak boleh menggunakan perkara itu untuk menentang pengurusan peladangan“.
Tindakan Agensi Perlindungan Kastam dan Sempadan (CBP) Amerika Syarikat (AS) telah menyekat kemasukan produk sawit negara, secara langsung memberi cabaran kepada perdagangan negara.
Menurut Datuk Seri Idris Jusoh, Pengerusi Felda – sudah menjadi suatu budaya kanak-kanak felda membantu ibu bapa mereka di peladangan – perbuatan itu dilihat antara rutin kebiasaan yang dilakukan oleh masyarakat di sana.
Sekiranya pihak atasan melihat perkara itu sebagai ‘penderaan buruh paksa’ ini sesuatu yang sukar untuk di atasi oleh pihak pengurusan. Mentaliti tersebut perlu diubah.
Bagaimanapun, DS Idris akui pihaknya menerima kritikan tersebut dengan terbuka dan akan memastikan panduan peladangan negara dapat mematuhi panduan perdagangan dunia.
Usaha itu bagi memastikan pengurusan ladang Malaysia kekal selaras dengan piawaian global.