Artikel

GrabFood Kini Menjana Lebih 50% Pendapatan Untuk Grab

Grab merupakan salah satu perkhidmatan seru-pandu yang memudahkan pengguna bergerak dari satu destinasi ke destinasi dituju. Apa pun, disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan, pendapatan Grab turut terjejas disebabkan kurangnya orang bergerak keluar dari rumah.

Apa pun, bercakap mengenai pendapatan mereka, Grab kini mengatakan pendapatan mereka kini telah meningkat dan mencapai 95% tahap pendapatan sebelum Covid-19.

Pada masa yang sama, pihak Grab kini turut mengatakan perniagaan memfokuskan makanan mereka menjana lebih 50% daripada pendapatan mereka buat masa ini.

Hal ini sekaligus memperlihatkan perniagaan GrabFood kini telah menjadi salah satu pendapatan utama syarikat berkenaan selain perkhidmatan seru-pandu. Disamping kedua-dua perniagaan utama ini, Grab juga turut sedang melihat kepada beberapa bahagian perniagaan lain, termasuk kewangan.