Meskipun populasi Bumiputera adalah tinggi, namun agihan pendapatan mereka masih lagi tidak seimbang.
Berdasarkan tinjauan Khazanah Research Institute (KRI) nisbah agihan pendapatan isi rumah mengikut kaum jelas menunjukkan perbezaan.
Pada dapatan tersebut, kaum Cina dilihat memonopoli peningkatan dengan perolehan 1.25% jumlah pendapatan, manakala India pula 1.04% dan Bumiputera 0.90%.
Jurang perbezaan ini didorong oleh had kepelbagaian kegiatan ekonomi sesetengah kaum. Penyertaan Bumiputera pada industri moden adalah rendah, antara industri utama yang dipelopori kelas atasan Bumiputera adalah petroleum, pendidikan dan perkhidmatan kerajaaan.
Sementara itu, kelas penengah Bumiputera pula tertumpu kepada perkhidmatan awam, pendidikan dan kesihatan. Bagi kelas pendapatan rendah memilih menyertai sektor tradisional dan pengeluaran sepeti pembuatan, pertanian di luar bandar.
Susulan itu, pemerkasaan jurang pendapatan ini perlu diperluaskan pada kegiatan ekonomi Bumiputera. Tumpuan pelaburan dan penglibatan Bumiputera perlu dilakukan pada bahagian hartanah serta kewangan.
Melalui variasi penglibatan kegiatan ekonomi, ia akan memperbaiki jurang pendapatan sedia ada.