Artikel

PNB Laksana Minggu Saham Amanah Secara Digital, Sasar Peningkatan Literasi Kewangan

Selari dengan pekembangan semasa, kini Permodalan Nasional Berhad (PNB) telah menganjurkan Minggu Saham Amanah secara digital, Minggu Saham Digital buat pertama kalinya.

Pelaksanaan acara mingguan ini akan memaparkan kedudukan pertumbuhan pelaburan negara kepada industri. Ia bukan sekadar mengetengahkan momentum pelaburan negara tetapi turut membuka peluang kepada para pelabur meningkatkan kekuatan ekonomi negara.

Menerusi peralihan ini juga secara tidak langsung dapat memperkasakan literasi kewangan negara dengan lebih mudah dan pantas. Ia akan dilangsungkan mulai 18 november hingga 24 November 2020 melalui tayangan Youtube, Facebook.

Antara segmen lain yang dipertontonkan juga adalah aktiviti siri forum, pendidikan dan konsert maya – malah peserta yang terlibat turut berpeluang memenangi hadiah bernilai RM50,000 iaitu Ford Rangr, Toyota Vios, Perodua Aruz dan Honda.

Malah tawaran e-baucar Lazada bernilai RM180,000 turut dapat dimenangi oleh peserta. Untuk sebarang maklumat lanjut, boleh layari pada pautan Minggu Saham Digital.