Artikel

Coca-Cola Sasar Perkukuhkan Operasi Malaysia, Beri Tumpuan Pada Kelestarian

Coca-Cola kini merancang memperkukuhkan operasi mereka di Malaysia.

Pengilang dan pengedar Coca-Cola Bottling Investment Group mula bercadang meluaskan pelan inovasi mereka ke atas  pengeluaran produk pada pasaran tempatan.

Untuk makluman penglibatan jenama minuman berkarbonat ini telah wujud sejak 1936 lagi, berbekalkan pengalaman operasi 84 tahun di Malaysia, Coca-Cola menyasarkan perluasan dari segi pembungkusan dan pengeluaran kelestarian produk – ia komited untuk menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara, disamping dapt memberi pulanan kepada rakyat tempatan.

Sasaran perkembangan ini akan tertumpu pada penggunaan bahan kitar semula terpakai.

Pelaburan kini akan tertumpu kepada pembangunan gudang automatik pengeluaran – di mana, ia menempatkan 40,000 palet membekalkan produk untuk penggunaan tempatan, Singapura, Brunei dan negara-negara jiran lain

Menurut Barry O’Connell, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia, Singapura dan Brunei – sejajar dengan inisiatif global Coca-Cola World Without Waste, syarikat ini sedang membuat 100% kemasan bahan dikitar semula secara global pada tahun 2025 dan menggunakan setidaknya 50% bahan kitar semula dalam pembungkusan pada tahun 2030 kelak.