Artikel

PKPB – Swab Test Hanya Diwajibkan Ke Atas Pekerja Asing Sahaja

Pada sidang media Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebentar tadi, Dato’ Seri Ismail Sabri – Menteri Kanan (Keselamatan) telah memperjelaskan bahawa pengenaan swab test hanya diwajibkan keatas pekerja warga asing, khususnya pada sektor pembinaan dan pengawal keselamatan.

Ini kerana, terdapat kekeliruan berikutan pengenaan swab test pada kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, bagi pekerja swasta dan awam tempatan yang perlu hadir ke pejabat – sekadar disarankan menjalani swab test mengikut keperluan sahaja. Contohnya, kawasan zon memiliki kes positif yang terlalu tinggi, memiliki kontak rapat ataupun gejala.

Perkara itu perlu dilakukan mengikut keperluan individu tersebut dan sekiranya terdapat simptom itu maka – pekerja tempatan diwajibkan jalani swab test tersebut.

Malah DS Ismail Sabri juga turut mengingatkan orang ramai untuk tidak menjadi panik. Kenyataan 10% itu hanya tertakluk kepada bahagian pengurusan dan pengawasan yang telah dinyatakan oleh MITI. Manakala 30% sektor awam yang perlu berkhidmat itu juga hanya tertakluk kepada jabatan perkhidmatan yang berkepentingan sahaja.

Segala maklumat lanjut, para pembaca boleh layari laman rasmi pada pautan SOP – MITI dan Jabatan Perkhidmatan Awam untuk penjelasan seterusnya.