Kini, industri kecil dan sederhana (IKS) negeri Perak mampu menarik nafas lega dengan adanya pelancaran Warong Rider.
Usaha ini juga dilihat mampu membantu golongan muda negeri tersebut untuk membina peluang pekerjaan dikala krisis pandemik menghimpit pendapatan mereka. Anggaran sekita 1.200 peluang pekerjaan rakyat Perak dapat dibentuk melalui platform ini.
Sekitar RM2 dikenakan bagi setiap caj penghantaran untuk 2 kilometer pertama dan RM0.60 sen untuk kilometer seterusnya. Malah, penghantar Warong Rider juga bakal menerima elaun tetap sejumlah RM1,200.
Untuk makluman, inisiatif tersebut adalah hasil usaha bersama Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia (GPPPKMM), Digital Perak Corporation Holdings serta Idea Creative Technology Sdn Bhd.
Setakat ini, pada peringkat awal seramai 480 penghantar Warong Rider akan dilantik bagi sesi penghantaran 24 kawasan negeri Perak.