Berdasarkan makluman Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) hari ini (21 Oktober) – pihaknya kini membenarkan kehadiran 10% pekerja pengurusan ke pejabat dengan mengehadkan tempoh bekerja mereka.
Bahagian pengurusan ini merangkumi tugasan seperti perakaunan, kewangan, pentadbiran, perundangan, perancangan dan teknologi (ICT).
Tempoh yang dihadkan adalah sekitar 4 jam sahaja iaitu pada 10 pagi sehingga 2 petang bagi setiap tiga hari seminggu.
MITI turut mengatakan kesemua majikan tidak perlu membuat sebarang permohonan, sekadar perlu memberi surat pelepasan kepada pekerja yang masih perlu hadir ke pejabat sepanjang tempoh PKPB ini.
Majikan disarankan melaksana garis panduan yang bersesuaian mengikut keperluan premis masing-masing.