Artikel

Permintaan Kenderaan Meningkat 26%, Sebanyak 56,444 Unit Terjual

Jualan kenderaan Malaysia bagi September 2020 kini meningkat 26% kepada 56,444 unit kenderaan.

Persatuan Automotif Malaysia (MAA) mengatakan peningkatan jualan tersebut lebih baik berbanding jualan Oktober 2019 yang mencatatkan sekitar 44,666 unit kenderaan.

Berdasarkan bulan ke bulan, jumlah penjualan untuk September 2020 juga meningkat tujuh peratus dari Ogos 2020.

Bagaimanapun, bagi jualan sembilan bulan pertama ia memaparkan kemorosotan sekitar 23% kepada 341,489 unit berbanding 442,985 pada tempoh yang sama tahun lalu. Sementara itu, kadar pengeluaran unit kenderaan bagi bulanan pula dilihat menunjukkan peningkatan.

MAA kini menyasarkan jualan Oktober 2020 lebih rendah berikutan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan penamatan tawaran moratorium pinjaman mulai 30 September lalu.