Artikel

Impossible Foods Kini Lancar 200 Cawangan Runcit Di Hong Kong, Singapura – Sasar Pasaran China

Mulai hari ini (20 Oktober) bekalan burger milik Impossibe Foods kini bakal dijual pada pasaran runcit di Hong Kong dan Singapura.

Pengeluaran daging burger berasaskan tumbuhan sayuran ini dijangka meningkatkan persaingan mereka pada pasaran Asia. Malah tidak lama lagi pihaknya turut menyasarkan kemasukan pada pasaran China, dilihat berpotensi menguntungkan operasi.

Bagaimanapun, sasaran tersebut masih diperingkat perbincangan bersama pengurusan China. Ini kerana memerlukan kelulusan dari segi penggunaan bahan heme bagi bahagian pengeluaran pemakanan China.

Menurut Pat Brown, Ketua Eksekutif Impossible Foods – sasaran tersebut dijangka akan berlaku pada beberapa bulan aakan datang, ataupun tahun hadapan, 2021.

Setakat ini, Impossible Foods telah melancarkan sekitar 200 kedai runcit di pasaran Hong Kong dan Singapura. Tindakan itu bagi mengatasi permasalahan jualan makanan di restoran, rentetan krisis COVID-19 kini melanda pasaran global.