Artikel

Perketatkan Kaedah PKPB, Aktiviti Sosial Perlu Dihentikan – DG Hisham

Berdasarkan sidang media Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebentar tadi – Sabah dan Selangor kini tampil sebagai negeri yang mecatatkan kes harian COVID-19 tertinggi.

Menurut Tan Sri Datuk Dr. Noor Hisham catatan kes pada hari ini adalah 865 kes positif – ini merangkumi mencatatkan Sabah (643 kes), Selangor (101 kes), Labuan (34 kes), Pulau Pinang (26 kes), Perak (18 kes), Melaka (16 kes), Kuala Lumpur (6 kes), Negeri Sembilan (4 kes), Kedah (3 kes), Putrajaya (3 kes), Johor (2 kes), Pahang (1 kes) dan Terengganu (1 kes).

Sehingga kini, 99 kes sedang berada di rawatan Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 32 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Malah, terdapat 3 kes kematian di Sabah dicatatkan setakat ini.

Berhubung cadangan peralihan PKPB kepada PKPD – DG Hisham mengulas pihak KKM memberi cadangan untuk memperketatkan PKPB, di mana aktiviti sosial perlu dihentikan seketika bagi sesetengah lokasi yang telah dikenalpasti.

Tindakan itu kerana, penularan virus masih berada dalam kalangan komuniti – dengan mengehadkan pergerakan atau aktiviti tersebut sudah pasti ia dapat mengekang penularan yang lebih besar dapat dilakukan.

KKM turut mengatakan kapasiti ujian saringan telah dipertingkat bagi mengesan penularan yang berlaku pada kawasan tertentu. Selain itu, orang ramai turut dinasihati untuk tidak menyebarkan berita palsu atau percanggahan maklumat berhubung COVID-19.

Ini kerana tindakan itu tidak membantu semua pihak dalam menangani penularan, bahkan sekadar merumitkan lagi kerunsingan rakyat negara.

Semua pihak perlulah sentiasa menjaga kebersihan diri dan mengikuti segala garis panduan yang telah ditetapkan oleh KKM.