Meskipun, purata pendapatan isi rumah kasar bulanan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (KL) kini mencatatkan sekitar RM13,257 – namun masih terdapat lebih 18,000 isi rumah warga kota ini yang memiliki pendapatan dibawah RM4,000.
Kenyataan itu dapat dilihat berdasarkan laporan statistik sosioekonomi yang dibentangkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM) 2019 -Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada hari ini.
Berdasarkan pelaporan tersebut, seramai 484,400 isi rumah warga tempatan Kuala Lumpur dicatatkan. Angka ini memaparkan sekitar lebih 310,000 (64.2%) memperolehi pendapatan bekerja, lebih 94,000 (19.5%) pula bekerja sendiri, lebih 62,000 (12.9%) pula perolehi pendapatan berdasarkan pelaburan dan aset, manakala lebih 16,000 (3.4%) miliki pendapataan berdasarkan pindahan semasa.
Namun walaupun pendapatan isi rumah mencatatkan melebihi RM10,00 ke atas tetapi 3.8% isi rumah warga KL masih lagi memiliki pendapatan dibawah RM4,000, sementara itu 3.6% iaitu lebih 17,000 isi rumah masih memiliki pendapatan pada purata RM2,000 hingga RM3,999.
Manakala ini adalah anggaran pendapatan berasaskan kelas isi rumah bagi Kuala Lumpur:
Seperti yang umum ketahui, angka isi rumah seluruh negara yang memiliki pendapatan di bawah RM4000 adalah sekitar 4 juta isi rumah dan warga KL mencatatkan sekitar 18,000 isi rumah yang tergolong pada kumpulan tersebut.