Artikel

E-Dagang Sumbang RM127 Bilion Pada KDNK Negara, Prestasi Terus Meningkat 2019

Platform e-dagang catat peningkatan sebanyak RM127.0 bilion pada pertumbuhan Malaysia bagi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2019.

Laporan pada 16 Oktober lalu, Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM) ini jelas memperlihatkan sumbangan tersebut telah meningkat kepada 8.4% berbanding tahun 2018 pada RM117.2 bilion.

Apa yang lebih menarik, peningkatan platform e-dagang telah meningkat sebanyak 6.6% bagi industri lain, manakala peningkatan e-dagang pada sumbangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) pula sebanyak 2.2%.

Sejak 2014, ternyata penglibatan platform e-dagang memberikan potensi yang baik kepada prestasi sumbangan ekonomi negara.