Artikel

SME Jangka Kerugian Peruncitan Cecah RM400 Juta, Sekitar 100,000 Operasi Lembah Klang Akan Ditutup

Persatuan SME Malaysia kini menjangkakan sehingga 100,000 premis peruncitan Lembah Klang bakal ditutup.

Apa yang lebih teruk jangkaan itu hanyalah di kawasan Lembah Klang sahaja, tidak termasuk data diseluruh Malaysia.

Mengulas lanjut pada laporan Astro Awani, Datuk Michael Kang Presiden SME menyatakan faktor pendorong penutupan operasi itu adalah disebabkan krisis COVID-19 ketika ini – yang semakin meningkat naik.

Malah, pihaknya turut menyasarkan kerugian akan dicapai sekitar RM400 juta. Ini suatu jangkaan yang tidak baik untuk pertumbuhan ekonomi negara.

Bahkan situasi ini mampu menjejaskan aliran tunai pada segmen perbelanjaan negara.