Artikel

DG Hisham: Virus COVID-19 Dijangka Mampu Bertahan Sekitar 9 Jam Pada Kulit Manusia

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam (18 Oktober) mengatakan berkemungkinan virus COVID-19 mampu bertahan sekitar 9 jam pada permukaan kulit manusia.

Bagaiamanapun, keadaan itu dikatakan bergantung kepada jenis permukaan kulit manusia, khususnya kepada suhu sejuk.

Selain suhu, permukaan kulit yang berlendir juga akan menyebabkan virus tersebut kekal pada persekitaran untuk jangka lebih lama.

Menurut Tan Sri Datuk Dr. Noor Hisham, beliau tidak menolak kemungkinan tersebut dan menyatakan perkara itu secara langsung turut dapat meningkatkan risiko penularan pandemik tersebut.

Sebelum ini, pihaknya telah melakukan ujian ke atas permukaan kulit pesakit dan ternyata cecair pada permukaan kulit memaparkan hasil positif COVID-19.

Kenyataan ini menjawab kepada kaedah pengurusan jenazah yang dilakukan di atas plastik sahaja bagi mencegah penularan dari berlaku.

Oleh itu, semua pihak disarankan untuk kekal menjaga kebersihan diri disambing terus memakai pelitup muka dan melakukan penjarakan fizikal. Tindakan itu membantu memutuskan rantaian penularan COVID-19 dengan lebih baik.