Artikel

PKPB : Mesyuarat MKN Akan Bincangkan Sama Ada Benarkan Terus Kerja Di Pejabat Atau Sebaliknya

Kerajaan sebelum ini telah mengalakkan syarikat melaksanakan kaedah kerja dari rumah, dan mengurangkan pergerakkan diluar. Apa pun, pelbagai tugasan masih memerlukan pekerja hadir ke pejabat, dan kaedah kerja dari rumah tidak diaktifkan sepenuhnya oleh semua syarikat.

Akhir-akhir ini, beberapa kes penularan baru berlaku di pejabat, sekaligus melihat kerajaan akan membincangkan mengenai kaedah bekerja harian ini.

Menurut DS Ismail Sabri, mereka akan bermesyuarat bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan berbincang lanjut mengenainya. Langkah ini dilihat diambil untuk putuskan sama ada kerajaan akan terus benarkan para pekerja untuk ke pejabat, atau lebih menekankan kepada bekerja dari rumah sahaja, atau melaksanakan peraturan dan syarat baharu.

Buat masa ini, kawasan dibawah PKPB masih benarkan para pekerja untuk keluar dan pergi ke pejabat untuk urusan pekerjaan. Sekiranya perubahan dilakukan, mungkin ia akan memfokuskan kepada kebenaran khusus kepada perkhidmatan dan syarikat tertentu di sektor khusus yang beroperasi dari pejabat. Mungkin juga kita melihat MKN hadir dengan kaedah baru untuk mengatasi perkara ini, dan hadir dengan SOP atau syarat baru dalam usaha terus mengekang penularan wabak Covid-19 ini.