Artikel

KKM Cadang PKPB Diperketatkan Di KL, Putrajaya, Selangor Dan Sabah – Hanya Benarkan Sektor Ekonomi Sahaja

Kementerian Kesihatan Malaysia kini mencadangkan supaya Perintah Kawalan Pergerakan di Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor dan Sabah untuk lebih diperketatkan lagi – sekaligus mengekang penularan wabak Covid-19.

Cadangan ini dijangka akan dibincangkan bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN) secepat mungkin. Melalui apa yang dikongsikan, PKPB dicadangkan untuk diketatkan lagi, dan hanya dibenarkan untuk sektor ekonomi sahaja.

Langkah ini juga akan mengawal sektor lain termasuk pendidikan, sukan dan sosial dikawasan berkaitan, sekaligus mengekang lagi penularan wabak Covid-19.

Pada hari ini, sebanyak 871 kes baru Covid-19 telah dilaporkan – mencatatkan angka yang sangat tinggi berterusan akhir-akhir ini.