Pada hari ini, terdapat beberapa peruncit petrol yang terkenal di Malaysia, dan kini turut menyertainya adalah FIVE Petroleum Malaysia.
FIVE sebelum ini telah menerima lesen untuk beroperasi di Malaysia pada 15 Januari 2020 yang lepas, dan telah membuka stesen petrol pertama di Selangor pada 7 Mac 2020 lepas. Namun, ia baru sahaja dilancarkan secara rasminya – sekaligus akan memfokuskan dalam memperluaskan pembukaan stesen di seluruh negara.
FIVE mengatakan mereka merancang untuk membuka sekitar 200 stesen petrol dalam tempoh tiga tahun akan datang.
FIVE mengatakan mereka mengambil kelebihan digital, dan mengintegrasikannya pada peruncitan petrol. FIVE menggunakan perniagaan berasaskan digital sepenuhnya, daripada sistem POS, platform mata ganjaran, serta kemudahan pembayaran secara digital dan nirtunai.