Artikel

Pembayaran BPN 2.0 Akan Dilakukan Mulai 26 Oktober Ini

Kini Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 akan mula disalurkan secara berperingkat bermula 26 Oktober ini.

Umum ketahui, sebelum ini, orang ramai boleh melakukan semakan status kelayakan pada laman rasmi – https://bpn.hasil.gov.my/, menerusi semakan tersebut semua rakyat akan ketahui nilai perolehan kelayakan mereka.

Berdasarkan Kementerian Kewangan (MOF) sekitar 10.6 juta penerima BPN sebelum ini akan menerima bantuan tersebut secara automatik. Permohonan baharu telahpun dibuka mulai 15 Oktober hingga 15 November ini.

Ini adalah angka agihan yang bakal diterima bagi individu yang melesi kelayakan BPN.

  • RM1,000 kepada 3.7 juta isi rumah kelas B40
  • RM500 kepada 3.8 juta kelas B40 bujang
  • RM600 kepada sekitar 1.4 juta isi rumah kelas M40
  • RM300 kepada 1.7 juta kelas M40 bujang

Bagi agihan secara berperingkat ini, pada awal pembahagian – sejumlah RM4.8 bilion peruntukan akan disalurkan kepada penerima. Terdapat dua ansuran pembayaran akan dilakukan oleh pihak MOF iaitu pada Oktober 2020 dan Januari 2021.