Artikel

Kadar Pengangguran Dijangka Menurun Kepada 4.5% – DS M. Saravanan

Kadar pengangguran negara kini disasarkan menurun sehingga 4.5% menjelang akhir tahun ini.

Jangkaan itu dinyatakan berikutan pelaksanaan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDF) di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA).

Seperti yang umum ketahui, kadar pengangguran negara sebelum ini telahpun mengalami penurunan pada tahap 4.7% iaitu 741,600 penganggur.

Menurut Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan bagi menangani kesan krisis pandemik yang sedia ada, pihak kerajaan telah tampil dengan Program Pengekalan Pekerjaan (ERP) – yang barfungsi menyalurkan sumbangan kepada para pekerja yang terpaksa diberi cuti tanpa gaji.

Tindakan itu secara tidak langsung, membantu meringankan bebanan komitmen rakyat Malaysia dikala mengalami kesukarana ketika krisis COVID-19.