Artikel

Sekitar 1.2 Juta Isi Rumah Malaysia Dikategorikan Kemiskinan Relatif

Meskipun tinjauan Khazanah Research Insitute (KRI) memaparkan penurunan pada kadar kemiskinan mutlak negara – namun kadar kemiskinan relatif masih lagi tinggi dengan purata seranai 1.2 juta isi rumah.

Jumlah itu menunjukkan sebahagian daripada kumpulan kadar kemiskinan mutlak telah mula menurun kepada 5.6% iaitu 405,000 isi rumah dan beralih kepada kumpulan kemiskinan relatif sebanyak 16.9% bagi tahun 2019.

Ini bermakna sekitar 11.3% iaitu 835 juta isi rumah hanya memiliki pendapatan sedikit tinggi daripada pendapatan garis kemiskinan mutlak.

Laporan itu secara tidak langsung menyatakan masih ramai yang baerada jauh dari traf hidup masyarakat yang stabil.

Malah Khazanah turut mengatakan sekiranya berlaku krisis seperti kehilangan pendapatan mahupun masalah kewangan. Perkara itu akan menempatkan sebahagian isi rumah Malaysia ke dalam kategori kemiskinan mutlak.

Melihat pada situasi itu, seharusnya kerajaan tampil dengan pelbagai alternatif dalam mempergiatkan semula ekonomi kumpulan ini, sekaligus ia turut dapat meningkatkan kadar jumlah pendapatan mereka.

Ia bukan sahaja memberi manfaat kepada isi rumah, tetapi turut memberi kelebihan kepada aliran perbelanjaan negara.