Artikel

Lebihan Pendapatan Kelas B20 Hanya Sekadar RM200 Sebulan Sahaja – KRI

Ternyata lebihan pendapatan antara kumpulan isi rumah memaparkan perbezaan yang begitu tinggi iaitu jurang perbezaannya sebanyak RM12,453.

Berdasarkan tinjauan Khazanah Research Institute (KRI) pada Kajian Pendapatan Isi Rumah Malaysia Sepanjang Tiga Dekad – lebihan pendapatan isi rumah bagi kumpulan Teratas 10%  (T10) adalah sebanyak RM12,653.

Sementara itu, lebihan pendapatan isi rumah kumpulan Bawah 20% (B20) adalah sebanyak RM200 sebulan.

Angka ini secara tidak langsung menunjukkan perbezaan yang begitu ketara pada kedua-dua kelas tersebut.

Untuk makluman kadar purata lebihan pendapatan kumpulan itu tidak merangkumi penolakan dari komitmen sosial, zakat atau sebarang pindaan tunai keperluan – sekiranya ditolak berkemungkinan kelas B20 akan memiliki kadar lebihan pendapatan yang lebih rendah.

Melihat pada angka itu, kerajaan perlu menerapkan lebih banyak usaha dalam mewujudkan agihan pendapatan yang lebih sekata pada setiap kelas masyarakat.