Artikel

PKPB : Dibenarkan Makan 4 Orang Semeja Di Restoran Sekiranya Meja Besar

Kerajaan sebelum ini telah mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat, sekaligus mengehadkan yang mana hanya dua orang boleh duduk semeja di restoran.

Terbaru, bercakap lanjut mengenainya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengatakan sekiranya meja berkenaan sangat besar, pengguna dibenarkan untuk makan sehingga 4 orang semeja. Apa pun, pengguna ditekankan untuk mengamalkan penjarakkan fizikal, selain pada masa yang sama mengikuti pelbagai SOP yang telah ditetapkan.

Ia juga ditekankan supaya pengguna lebih menggunakan perkhidmatan seru-makan atau penghantaran, dan meminimakan pengerakan keluar rumah.

Kuala Lumpur, Selangor, dan Putrajaya melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat sejak daripada 14 Oktober, dan dijangka ditamatkan pada 28 Oktober 2020 ini.