Artikel

Meniaga.my – Platform Yang Membolehkan Jual-Beli Dilakukan Tanpa Sebarang Caj Komisen, Memfokuskan Serahan Tunai

Menyedari permintaan yang tinggi pada serahan tunai (cash-on-delivery) dan pengenaan caj komisen yang tinggi sehingga 30% bagi setiap jualan peniaga – kini Rafizi Ramli tampil dengan aplikasi Meniaga, membantu premis perniagaan pada platform e-dagang mereka.

Untuk makluman, sejak 2018 pihaknya telah melakukan kerjasama dengan lebih 300 syarikat dalam mendigitalkan saluran perkhidmatan mereka.

Aplikasi ini bertujuan untuk menjadi pengantara kepaada para peniaga dengan pengguna. Meniaga juga mengalakkan pengurangan kos dapat dilakukan oleh para peniaga, dengan menyarankan pengambilan tempahan makanan sendiri mahupun secara penghantaran oleh peniaga. Khususnya bagi urusniaga yang berlansung dalam lingkungan 10 kilometer dari peniaga.

Tanda tagar #UntukSemua digunakan sebagai signifikasi kepada penyertaan ke semua perniagaan tanpa mengira kapasiti penjualan produk.

Adanya aplikasi Meniaga ini, ia secara tidak langsung memberikan kemudahan kepada para peniaga kecil dalam mempromosikan perniagaan mereka dan sekaligus dapat memberikan penjimatan kepada mereka dari segi caj penghantaran.

Bagi maklumat lanjut para pengguna boleh memuat turun aplikasi tersebut pada App Store dan Google Play.