MyEG merupakan salah satu perkhidmatan atas-talian yang menghubungkan ke agensi kerajaan untuk tujuan pembayaran perkhidmatan dan sebagainya. Terbaru, mereka telah bekerjasama dengan pihak JPJ, dan memudahkan pengguna untuk mengemaskini dan memperbaharui lesen memandu kenderaan (CDL) secara atas-talian.
Dengan langkah ini, MyEG akan berjaya terus mengekalkan pengguna perkhidmatan mereka, dan memperluaskan lagi penawaran yang sebelum ini popular dengan perkhidmatan pembaharuan insuran serta pembayaran saman memandu.
Bagi anda yang ingin perbaharui lesen memandu, boleh ke laman MyEG hari ini, dan mula perbaharuinya secara atas-talian, apatah lagi ketika era norma baharu ini yang lebih memfokuskan perkhidmatan digital.