Artikel

Kenanga Optimis Penglibatan Mah Sing Pada Pengeluaran Sarung Tangan

Kenanga Investment Bank Research melihat penglibatan Mah Sing Group Bhd pada arena pembuatan sarung tangan adalah suatu usaha yang baik.

Ini kerana pihaknya menjangkakan harga jualan sarung tangan akan terus meningkat sehingga tahun 2022, berikutan permintaan bekalan meningkat.

Malah, Kenanga juga menyasarkan kumpulan itu bakal mencapai perolehan modal keuntungan sekitar RM150 juta.

Jangkaan tahun kewangan bagi 2021 kini ditingkatkan sebanyak RM84 juta iaitu 75% kepada RM196 juta setelah menggabungkan aliran pendapatan dari segmen pengeluaran sarung tangan.

Selain itu, berbekalkan pengalaman pada pembuatan plastik – ia kan memberi kelebihan kepada operasi kumpulan untuk mempercepatkan dan menjadi lebih kompetitif pada pengeluaran sarung tangan.