Artikel

Louis Viutton Papar Peningkatan Jualan Pada Suku Ketiga

Jenama barangan mewah Perancis, Louis Viutton (LVMH) kini memaparkan peningkatan jualan bagi suku ketiga dikala krisis pandemik COVID-19 menyerang dunia.

Antara produk meningkatkan semula jualan jenama adalah pengeluaran produk fesyen dan barangan kulit.

Untuk makluman umum, LVMH mengalami penurunan pendapatan sehingga 7% ketika laporan separuh pertama 2020.

Bagaimananpun catatan pada suku ketiga ini telah mencapai sekitar RM58 bilion (€12 bilion). Catatan itu melebihi jangkaan mereka sebelum ini pada kadar €11.7 dan €11.4 bilion.

Peningkatan ini dapat dilihat pada fasa pemulihan kedudukan kewangan syarikat pada Jun lalu. Setakat ini, jenama tersebut telah mencatatkan jumlah pendapatan bagi Januari hingga September pada angka RM147.3 bilion (€30.3 bilion), namun ia menurun pada 21%.