Artikel

Wilayah Cakna 3.0 Peruntukan RM39.75 Juta, Bantu Warga Kota Atasi Kesan PKPB

Kini sejumlah peruntukan RM39.75 juta diberikan dibawah inisiatif Wilayah Cakna 3.0.

Menurut Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa, usaha tersebut akan memberi manfaat kepada warga Wilayah Persekutuan merangkumi isi rumah berpendapatan rendah seperti kumpulan B40 serta peniaga kecil dan penjaja.

Malah peruntukan ini juga bertujuan untuk meringankan bebanan rakyat susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula 14 Oktober, semalam.

Turut dimaklumkan dibawah inisiatif ini – pada pemilik premis yang terkesan boleh mengemukakan permohonan pengecualian cukai pintu pada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.