Artikel

Sukarelawan Petugas Kesihatan COVID-19 Diperlukan, Tangani Gelombang Ketiga – KKM

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini mengalukan penyertaan orang ramai selaku sukarelawan petugas kesihatan dan perubatan COVID-19.

Tindakan itu bagi membantu menangani kes penularan gelombang ketiga COVID-19 negara yang semakin meningkat sejak kebelakangan ini.

Kepada pihak yang berminat, boleh menghantar penyertaan kepada alamat emel [email protected] ataupun [email protected].

Untuk sebarang penempatan tugasan sukarelawan, ia akan diselaraskan oleh Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC).

Sehingga kini, Malaysia telah mencatatkan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 adalah 17,540 dicatatkan. Bagaiamanapun, jumlah sembuh sebanyak 11,605 kes telah dicatatkan dan hanya 5,768 kes positif sahaja masih lagi aktif dan sedang mendapatkan rawatan susulan.