Artikel

Lazada Memilih Lee Min Ho Sebagai Duta

Lazada hari ini mengummumkan mereka telah memilih pelakon popular Korea Selatan, Lee Min Ho sebagai duta untuk laman edagang berkenaan.

Dengan pemilihan ini, Lee Min Ho akan menjadi duta untuk Lazada di rantau Asia Tenggara, dan turut akan mempromosikan serta menambah seri sambutan Festival Beli-Belah 11.11.

Lee Min Ho sedia popular dengan sejumlah drama Korea Selatan, termasuk Boys Over Flowers, City Hunter, The King : Eternal Monarch.

Dengan pemilihan duta terbaru ini, kita mungkin akan melihat Lazada memmpromosikan jualan Festival Beli-Belah 11.11 dengan lebih besar, sekaligus bersaing dengan pelbagai laman edagang lain di pasaran – terutamanya Shopee.