Kidzania Singapura yang dibawah sokongan dana Khazanah Nasional Bhd kini telah berhutang sebanyak RM163.4 juta (S$53.4 juta) kepada lebih 1,000 perniagaan dan agensi kerajaan negara tersebut.
Berdasarkan laporan Singapore Business Times, terdapat sejumlah tuntutan yang dilakukan oleh Themed Attraction Resorts & Hotels (TARH) berhubung pembiayaan hutang tersebut.
Laporan itu mengatakan sebahagian hutang itu merangkumi pelanggan, perniagaan dan agensi kerajaan di Singapura, termasuk Lembaga Pelancongan Singapura (STB), Sentosa Development Corp (SDC) dan Kementerian Pendidikan.
Ini memperlihatkan jumlah hutang yang dituntut SDC adalah RM83,746 (S$27,400), sementara itu kelab sukan dan rekereasi MOE juga turut menyatakan tuntutan sebanyak RM190.416 ( S$62,300) untuk pas korporat yang dibeli dari KidZania.
Melihat pada keadaan ini, laporan turut menjangkakan peningkatan kerugian Kidzania telah bermula sejak tahun 2016 lagi, di mana ketika ia mencatat kerugian selepas cukai (LAT) sebanyak RM25.3 juta (S$8.3 juta).
Situasi kerugian itu berterusan sehingga laporan kewangan tahun 2019 – Kidzania mencatatkan LAT sebanyak RM85.5 juta (S$28 juta). Penyusutan jumlah aset juga turut dialami oleh Kidzania.
Bagaimanapun, setakat ini Khazanah enggan mengulas lanjut berhubung isu tersebut.