Artikel

Rakyat Malaysia Kini Boleh Menyemak Status Kelayakan BPN 2.0

Berita menarik hari ini (15 Oktober), kesemua rakyat Malaysia kini boleh menyemak status permohonan Bantuan Prihatin Nasional 2.0 (BPN) pada laman rasmi – https://bpn.hasil.gov.my/.

Seperti yang umum ketahui pada 23 September lalu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan  peruntukan sejumlah RM7 bilion bagi BPN 2.0 akan disalurkan kepada rakyat Malaysia. Dianggarkan lebih 10 juta rakyat negara akan memperolehi manfaat berhubung penyaluran dana kali kedua itu.

Malah ia dijangka dapat meringankan lagi bebanan serta mengurangkan masalah kewangan isi rumah dan kumpulan bujang. Khususnya pada kategori B40 dan M40.

Untuk makluman, sekitar 10.6 juta penerima BPN sebelum ini akan menerima bantuan tersebut secara automatik mulai 15 Oktober hingga 15 November ini.

  • RM1,000 kepada 3.7 juta isi rumah kelas B40
  • RM500 kepada 3.8 juta kelas B40 bujang
  • RM600 kepada sekitar 1.4 juta isi rumah kelas M40
  • RM300 kepada 1.7 juta kelas M40 bujang

Bagi permohonan baharu BPN, pihak yang terlibat boleh melakukan permohonan secara atas talian pada laman rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).