Apple hari ini telah memperkenalkan siri telefon pintar terbaru mereka, iPhone 12. Sebanyak 4 model ditawarkan untuk pasaran Malaysia, iaitu iPhone 12 Mini, iPhone 12, iPhone 12 Pro dan juga iPhone 12 Pro Max.
Penawaran iPhone ini juga menjadikan Apple turut menyertai arena telefon pintar dengan sokongan rangkaian 5G, selain turut menyertakan rakaman yang baik melalui model iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max. Kesemua model turut hadir dengan cip Apple A14 Bionic yang berkuasa di pasaran.
Apple akan menawarkan iPhone 12 pada harga bermula RM3399 untuk model iPhone 12 Mini, dan mencapai sehingga RM6699 untuk model iPhone 12 Pro Max berstoran 512GB.
https://www.youtube.com/watch?v=Gz8vBoEFArA
Bersama-sama dengan pengumuman ini, Apple turut memperkenalkan penawaran aksesori memfokuskan pengecasan nirwayar dibawah jenama MagSafe – salah satu langkah mudah yang dilakukan dalam memastikan pengguna mendapat aksesori yang bersesuaian dengan kualiti baik untuk telefon mereka.
Pada masa yang sama, Apple juga turut mengurangkan kos produk berkenaan dengan memilih untuk tidak menyertakan kepala pengecas dan fon telinga EarPods dalam kotak iPhone 12 baru.
Buat masa ini, tarikh ia akan mula dijual di Malaysia masih tidak diketahui lagi.
(Gambar : AFP PHOTO/ APPLE INC./ BROOKS KRAFT)